Terkini!!! PRK DUN Chempaka: 10 Mac Hari Penamaan, Pengundian Pada 22 Mac.. Jom Terjah!!!





PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada Rabu menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka, Kelantan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac.

Tarikh pengundian awal pula akan diadakan pada 18 Mac.


"Sebanyak 42 saluran pusat mengundi akan dibuka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK DUN Chempaka di sini, Rabu.

Seramai 21,890 pengundi berdaftar di Chempaka.

Kerusi Dun Cempaka kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada malam Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, Nik Aziz menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

Mursyidul Am PAS itu mendapat 12,310 undi, manakala calon Barisan Nasional Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.