Kuala Lumpur:
Seorang lelaki dan wanita berusia 30-an terselamat selepas kereta mewah
Ferrari model F430 berharga lebih RM1.5 juta itu tiba-tiba terbakar
ketika melalui Jalan Rakyat (Jalan Travers), Bangsar, petang semalam.
Dalam kejadian 6
petang itu, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kereta
berkenaan sebelum merebak sehingga ke bahagian pemandu.
Difahamkan, mangsa yang menyedari asap mulai keluar bergegas keluar dari kenderaan berkenaan sebelum pasukan bomba tiba.
Ketua
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Pegawai Kanan Bomba II
Isyarudin Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian
itu, 6 petang tadi.
“Enam anggota dengan sebuah jentera terbabit dalam operasi ini.
“Ketika sampai
di lokasi, pihak kami mendapati api sedang marak dari bahagian belakang
kenderaan sebelum api berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit,”
katanya ketika ditemui di lokasi.
Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan.
– Hmetro
0 comments:
Post a Comment