Masya Allah!!! (Gambar2) Banjir Makin Buruk - Apakah Kedahsyatan Banjir Kita Yang Mengundangnya? Jom Terjah!!!

Sebuah masjid di Kuala Krai ditenggelami air.
                                                                              
Mungkin disebabkan bah atau banjir, bencana alam yang sering berlaku di Kelantan atau negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan orang di Pantai Barat atau yang berada di luar Kelantan merasakan bah yang melanda Kelantan sejak seminggu lalu, sebagai perkara biasa.

Ia adalah bencana alam tahunan yang terpaksa dihadapi rakyat negeri itu yang sudah memanglikan rakyat di negeri-negeri tersebut.



Kedai roti tempayan di Kuala Krai ghaib.
Apa lagi bencana alam itu digelarkan sebagai pesta air tahunan menyebabkan penderitaan dan kesusahan mangsa-mangsanya tidak dihayati dengan sewajarnya. Tidak merasai kepayahan mangsa banjir warga emas, ibu sedang bersalin atau kanak-kanak dalam menghadapi musibah berkenaan.

Sebatang jalan musnah sama sekali.
Lantaran itu juga perasaan simpati untuk menghulur bantuan tidak begitu mencengkam jiwa. Keadaan ini ditepukan lagi dengan gambaran atau laporan yang tidak serius (kurang perikemanusiaan) mengenai kemalangan itu.

Lebih-lebih lagi ditengok kepada berbagai versi gambar bah yang dipostkan dalam media baru menambahkan keraguan untuk membantu dan merasai kesakitan sebenar dialami mangsa-mangsa banjir.

Bandar Kuala Krai ditenggalmi bah.
Lebih teruk lagi apabila para pemimpin politik atau pun skuad bantuan bermain-main dengan banjir dan mangsa banjir. Pengeposan gambar-gambar yang kononnya untuk merengankan bebanan perasaan akibat banjir tidak mengundang simpati mendalam daripada pemerhati dan ia menjadi satu pembaziran pula.

Pemandangan disatu kawasan di Gua Musang.
Misalnya ada seorang menteri yang duduk "becokoh" sedang memasak gulai di pusat pemindahan banjir. Ada juga gambar wakil rakyat siap dengan west menaiki bot untuk membantu mangsa banjir sedang melmbai-lambai tangan. Ada juga wakil rakyat yang sedang menelefon dalam keadaan separuh badan terendam dalam air.

Selain itu ada juga foto wakil rakyat yang sedang menghulur seguni beras kepada mangsa dari bawah tangga, yang lagaknya macam hendak menghendap sahaja.

Aksi-aksi dan wajah pembantu banjir atau pemimpin seperti itu menyebabkan orang yang berada di luar air (bah) tidak merasai akan keperitan mangsa banjir. Pengeposan gambar sebegitu tidak membawa makna kemanusiaan yang tinggi. Bagi tujuan mengundang simpati dan menarik perhatian sepatutnya pemimpin atau pembantu mangsa banjir membuat pengeposan gambar-gambar yang boleh memberi keinsafan dan kesedaran, semisalnya gambar wakil rakyat atau menteri sedang berdoa bersama mangsa banjir.

Kesan landaan banjir yang tinggal hanya tungku.
Pagi ini saya mengambil inisitif menghimpun beberapa keping gambar banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dariwall facebook rakan-rakan saya. (Maaf dan terima kasih kerana curi gambar anda). Gambar-gambar ini menjelaskan akan apa sebenarnya berlaku di Kelantan waktu ini. Bandar Gua Musang dan Kuala Krai tenggelam sama sekali. Jajahan inilah pada saat ini paling teruk dilanda banjir.

Hancur dan lebur sama sekali.
Beberapa buah kampung di Jajahan ini tidak dapat berhubung dengan kawasan luar langsung menyebabkan terdapat mangsa banjir yang sudah leih 48 jam tidak mendapat apa-apa bantuan. Sekiranya mereka tidak bersiap sedia dengan bekalan makanan secukupnya dan air terus "terpasung" seperti keadaan hari ini mereka akan kelaparan dan kebuluran.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri memaklumkan bantuan yang dihantar ke kawasan itu tidak berjaya kerana helikopter tidak dapat mendarat kerana hujan lebat. Apakah alternatif lain diambil untuk menjengok mangsa yang terperangkap itu? Kita harap ada dan mereka selamat.

Beberapa buah rumah ditenggelami.
Bermacam-macam kejadian menyedihkan berlaku seperti mana dilaporkan. Itu semua memberi gambaran akan keseksaan bila dihimpit banjir. Mungkin bagi sesetengah mangsa berada dalam keadaan mewah dan lumaya kerana mendapat layanan baik, tetapi tidak ternafi ada yang masih melarat. Keadaan terlepas pandang dan pilih kasih dalam memberi bantuan tidak dapat dielakkan.

Kelajuan terpaan banjir tak sempat selamatkan harta.
Justeru adalah diharap hendaknya semua mangsa banjir dibantu dengan penuh ikhlas dan saksama tanpa mengira apa-apa perbezaan. Pandanganlah mangsa banjir adalah warga kita bersama.

Apapun nasib baik kehilangan nyawa akibat banjir di Kelantan kali ini tidak ramai. Bagaimana pun kehilangan dan kemusnahan harta benda tidak terhitung. Yang pastinya ia tentu mencecah puluhan juta ringgit.

Dari pemerhatian kepada gambar yang dipostkan, berpuluh-puluh buah kenderaan rosak akibat terendam air. Berpuluh-puluh buah rumah juga dihanyutkan air, bahkan hilang terus dari muka bumi yang tinggal hanya tungku-tungku tiang. Kerosakan harta awam seperti jalan raya, masjid, surau dan sekolah juga tidak terhitung banyaknya. Begitu juga dengan hairan ternakan lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik serati.

Hancur dan tenggelam.
Pendeknya bah atau banjir yang melanda Kelantan kini adalah teruk dan sangat dahsyat. Cuma seperti dinyatakan tadi kedahsyatan ini tidak begitu dirasai kerana dalam persepsi umum kejadian banjir di Kelantan dan di negeri-negeri di Pantai Timur adalah sesuatu lumrah dan ia sudah dianggap sebagai pesta air tahunan bermusim.

Keadaan begini berlaku semasa tsunami, kini masa banjir.
Melihat kepada kedahsyatan bencana alam itu mungkin persepsi atau gelaran bahawa banjir atau bah sebagai pesta air di akhir tahun perlu diubah. Jangan lagi ianya dianggap fenomena biasa sebaliknya ia perlu dianggap sebagai bencana luar biasa kerana fenomena luar biasa. Perlu diingat, rombakan ke atas alam, rompakan ke atas khazanah bumi yang menjadi pasak kepada alam maya sudah lama berlaku. Evolusi dan kerakusan itu semualah ikut sama menukar telahan kita selama ini bahawa banjir itu perkara biasa. Perlu kita bersama sedari bencana itu ada musuh yang kita sendiri mengundangnya hasil dari kerakusan kita.

Pihak berkuasa Alam Sekitar, Geogolis, JPS dan sebagainya perlu membuat kajian dan perancangan baru bagi berdepan dengan fenomena luar biasa itu. Banjir yang berlaku kini harus dijadikan bahan penyelidikan yang dilihat dari semua sudut zahir dan batin.

Setesen keretapi juga tenggelam.
Jauh dari tanggapan itu semua, wajarlah kalau kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Kelantan itu. Dengan mempercayai Tuhan tidak akan menurun sesuatu bala dan musibah itu kalau bukan untuk dijadikan pengajaran, mungin bah di Kelantan itu Tuhan menghantar mesej khusus buat rakyat Kelantan.

Apakah mesej itu, kita semua kena merenung dan berpakat mencarinya dengan jujur dan iklhas. Mahasabah diri perlu diadakan. Mungkin setiap daripada kita hamba rakyat berdosa dengan Tuhan, mungkin juga pemerintah sudah kufur dengan Tuhan, dan mungkin juga Raja atau Sultan sendiri ada membuat silap dan salah dengan Allah. Kita berpura-pura dengan-Nya. Atas apa yang berlaku jangan kita sesekali beranggapan Tuhan kejam dan sengaja menghukum kita, tidak. Tuhan tidak pernah kejam melainkan diri kita sendiri.

Sekali lagi saya berharap semoga MKN yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mngistyharkan negeri Kelantan khasnya dalam darurat.


- SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.