Kontroversi!!! Gara-Gara Kenyataan Panas Ini.. Apakah Nasib Bakal Diterima Ahli Majlis Tertinggi Umno Ini? Jom Terjah!!!


Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican mempertikaikan pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Wakil rakyat Umno itu berkata, jawatan penting itu seharusnya diberikan keutamaan kepada warga tempatan.
Reezal dalam kenyataannya berkata, beliau sebelum ini telah membangkitkan keperluan menggunakan pakar tempatan sewaktu penubuhan Vestigo Petroleum.

“Tenaga dan kepakaran tempatan mestilah diberikan keutamaan dalam apa jua keadaan.

"Isu ini saya bangkitkan secara jelas di Dewan Rakyat,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menegaskan bahawa industri penerbangan merupakan industri strategik dan penting dan oleh itu pelantikan pengurusan tertingginya tidak harus diambil mudah.

“Walaupun mungkin Mueller adalah pakar terbaik di dalam industri penerbangan beliau masih boleh berperanan sebagai konsultan dan bukannya seorang ketua eksekutif," katanya.

'Bukan nasionalis sempit'

Mueller yang akan memulakan tugasnya pada 1 Januari tahun depan turut dipersoalkan sama ada memahami implikasi keputusan dasar yang akan dibuat kepada negara nanti.

“Apakah CEO baru ini faham dengan implikasi keputusan dasar yang dibuat kepada agenda besar Bumiputera/ekonomi nasional nanti?

“Atau keputusannya akan hanya bergantung kepada keuntungan dan kerugian semata-mata?” soal Reezal.

Katanya, pandangan itu dikemukakan bukan atas jalur pemikiran 'nasionalistik sempit' tetapi “keperluan sebenar MAS dan masa hadapannya”.

“MAS bukan syarikat biasa; ia amanah dan lambang kemampuan kita menyusun langkah ekonomi yang tepat,” ujarnya.

Sebelum ini mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas pelantikan Mueller dengan kenyataan kontroversi:


“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.” 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.