HEBOH: Punca Kegagalan Pertemuan Pemuda PAS Pusat Dengan PERKASA.. Jom Terjah!!!!


SHAH ALAM - Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris melahirkan kekecewaannya apabila pertemuan dengan Pemuda Pas Pusat yang dijadualkan semalam dibatalkan pada saat akhir.


Beliau berkata perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya pada awal pagi, hari ini, sedangkan Pemuda Pas Pusat sebelum ini telah menghantar surat persetujuan mengenai pertemuan itu, kira-kira empat hari lalu.
"Saya agak terkejut dan sedikit kecewa, kerana sebelum ini kita menerima surat daripada Pemuda Pas Pusat menyatakan sepatutnya hari ini (perjumpaan).

"Tapi malangnya kami dapat surat pagi tadi secara rasmi pihak mereka membatalkan perjumpaan itu di atas alasan tidak dapat mengelak urusan penting.

"Sepatutnya kita dapat berjumpa untuk membincangkan perkara yang lebih penting selain kuasa politik iaitu agama Islam kita pada hari ini dicemari, dipertikai dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pas Pusat bagi mencari 'titik persamaan' antara mereka khususnya melibatkan soal agama Islam dan kepentingan orang Melayu serta Bumiputera.

Pertemuan itu dijangka berlangsung di Pejabat Agung Pas Pusat, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Ketika ditanya mengenai pembatalan itu ada kaitan dengan nasihat pengurusan tertinggi Pas, beliau berkata jika benar, ia tidak sepatutnya berlaku dan mungkin mereka mempunyai agenda tersembunyi.
"Atas nasihat atau tidak, kita bukan hendak berbicara soal politik, kita hendak bicarakan perpaduan agama kita daripada berpecah-belah.

"Kita hendak berjumpa dengan ikhlas, sebab itu kita hendak berjumpa, bukan hendak bermusuh dengan sesiapa," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, Wira Perkasa mahu Pemuda Pas menyatakan sebab pembatalan perjumpaan tersebut dengan jelas untuk mengelakkan persepsi negatif.

"Kalau boleh kita hendak tahu apa sebab tidak mahu berjumpa, lebih spesifik, kalau tidak kita merasakan ini satu kemungkinan satu tekanan daripada mana-mana pihak.

"Sepatutnya kita berbincang dan mencari satu titik persamaan iaitu agama kita, perkara ini perlu ditekan dan sepatutnya jadi lebih kuat pertahankan dan kita bersatu dari sudut agama," katanya lagi.

-SH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.