Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Pemandu Ambulans Maut, 8 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya..Al Fatihah



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin hari ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.

Beliau berkata lima orang menaiki MPV itu manakala ambulans HKL dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat.

"Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian, seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57, jururawat yang parah ialah Rabaitul Adawayah Samsudin, 24, manakala yang cedera ringan ialah Mohd Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28.

Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu pemandu Kok Chin Wei, 37, dan rakannya Lum Yoke Moi, 37, serta tiga budak perempuan iaitu Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet Wen, 8, katanya.

Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL.

Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



SEORANG pemandu ambulan maut dalam kemalangan jalan raya di KM404 Lebuhraya Utara Selatan di Tanjung Malim hari ini. Kemalangan ini melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Innova dengan sebuah ambulan. Dua jururawat perempuan cedera dan seorang pembantu jururawat lelaki cedera parah. - Foto BERNAMA
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memapah seorang pembantu jururawat lelaki yang cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM404 Lebuhraya Utara Selatan. - Foto BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.