Terbongkar Sudah!!! Artis Lelaki Yang Bercium Dengan Sorang Wanita Tersebar.. Jom Terjah!!!


Tak tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar

Memang kecoh dibuatnya apabila gambar seorang lelaki dipercayai Tauke Jambu yang sedang asyik bercium dengan seorang wanita tersebar di internet semalam. 


Ramai yang menganggap lelaki tersebut adalah Tauke kerana beberapa hint yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita. Tapi, kita tak bolehlah nak menuduh tak tentu hala sebab gambar berkenaan dikaburkan. 

Malah, Tauke sendiri terkejut dengan dakwaan tersebut. Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil. Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. 

Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut. Selain menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya, Tauke juga tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. 

Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.     Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat. 

Apa yang pasti, kontroversi bercium ini memberi tamparan hebat kepada Tauke dan mampu menjejaskan tumpuannya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 bersama kumpulan Virus yang turut dianggotai Zizan dan Yus Jambu.

******Berita terdahulu*******

Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.

Mendapatlah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab. 


Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti. Siapa eh agak-agaknya? 

Sumber artikel: mynewshub.cc. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.