TERDEDAH!!! (Gambar2) Inilah Surat Anak Bekas Timbalan Perdana Menteri Malysia KELUAR Dari PAS.. Jom Terjah!!!

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar akhirnya sah keluar daripada parti Pas yang disertainya sejak 2012 lalu, berkuatkuasa hari ini, 15 Oktober 2014.

Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh Tamrin yang mengajak saya bersarapan dengannya di Restoran Haslam, berhampiran Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.

Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas.  Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini.

Selepas selesai bersarapan, beliau lantas mengeluarkan surat yang sudah disiapkannya berhubung tindakan keluar Pas itu dan terus menandatanganinya di hadapan saya dan seorang lagi rakannya, Zamrin Bidin.

Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10.00 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014  dengan tajuk "Menarik Diri Sebagai Ahli Pas" itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu dengan ayat, "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas.

"Adalah diharapkan pihak Ybhg Datuk dapat mengemas-kinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih".

Tiada sebarang alasan diberikan berhubung tindakannya meninggalkan Pas itu.

Dengan surat tersebut, maka sahlah sudah desas-desus yang bertiup kencang sebelum ini mengatakan Tamrin yang merupakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba akan meninggalkan Pas yang disertainya menjelang PRU 13 lalu.

Blog ini dalam postingnya pada pada 7 Oktober 2014 telah menyiarkan mengenai desas-desus itu dengan tajuk "Tamrin Ghafar Keluar Pas?" yang dipercayai kerana tidak puas hati dengan tindak-tanduk pemimpin tertentu dalam Pas yang menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutama berkaitan isu pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Meskipun bertindak meninggalkan Pas, tetapi difahamkan Tamrin tidak akan menyertai PKR mahu pun DAP bagi meneruskan perjuangannya. Beliau juga tidak mungkin kembali semula menyertai UMNO.

Adalah difahamkan, beliau masih meyakini perjuangan PR terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang dan untuk menjadikan gabungan itu sebagai alternatif kepada BN. Tamrin dikatakan hanya meninggalkan Pas tetapi masih bersama dengan perjuangan PR.

Sehubungan itu, Tamrin dikatakan akan bergerak melalui sebuah NGO yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi bagi membantu perjuangan PR mengambil alih kepimpinan negara daripada BN. 

Selepas dilancarkan nanti, NGO tersebut akan bergerak aktif mendepani pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat, terutama yang berkaitan isu perkauman dan perpaduan. (SH 15/10/2014).


Shahbudin Husin,

********************************************

Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.
Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).
Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.
Beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno.
"Bagi saya Umno sudah mati," kata Tamrin, anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba.
Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.
GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.
Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini.
- TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.