Terkejut dan tergamam. Itulah reaksi kami apabila melihat foto yang dimuat naik sendiri oleh pelakon cantik itu di laman Instagramnya semalam.
Mahu tak terkesima bila Neelofa mendakwa bahawa dia berada di atas katil yang bernilai 200,000 Euro, bersamaan RM 1 Juta. *pengsan*. Mesti anda semua tertanya-tanya katil jenis apakah yang berharga semahal itu kan?
Sebenarnya Neelofa dan keluarganya sudah beberapa hari berada di sebuah pusat peranginan mewah Phuket, Thailand. Malah, Iniala Beach House, Phuket ini turut menjadi pilihan selebriti antarabangsa, Kim Kardashian untuk berbulan madu.
Kami pun rajin-rajinkan tangan untuk meng’google‘ rate harga hotel tersebut. Ternyata ‘jumlah’ yang kami perolehi memang membuatkan mulut kami ternganga besar.
Secara kasarnya, harga sebuah bilik biasa di hotel tersebut bermula daripada RM6,000++ satu malam. Manakala, villa pula bermula daripada RM10,000++ satu malam. Pengunjung pula perlu sekurang-kurangnya menginap selama 3 malam di villa hotel tersebut.
Katakanlah, jika ambil bilik paling murah pun, jumlah minima yang perlu dibayar ialah lebih kurang RM 18,000++. Maka, kami pun tak hairanlah jika harga katil itu dikatakan mencecah RM 1 Juta kan?
Namun, kami pun tak pasti sama ada Neelofa berada di sana untuk bercuti semata-mata ataupun atas urusan kerja kerana salah satu gambarnya menulis caption “Hello Asia Magazine photoshoot at one of Iniala’s collector villa”.
Bagi kami, walaupun mungkin Neelofa menginap di sana atas urusan kerja, ia memang satu peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan.
Bayangkan anda baring atas duit RM 1 Juta. Tak ke gila rasanya. Nah, jom sama-sama kita rasakan sedikit ‘kegilaan’ tersebut di video dan foto-foto di bawah.
P/S: Kiraan tu secara kasar sahaja. Kalau nak tepat lagi, boleh rujuk terus di sini. Mana tahu ada pembaca nak bercuti di sana ke lepas ni kan.
0 comments:
Post a Comment