Terkini!!! Krisis MB Selangor: Akhirnya PKR Memohon Maaf Kepada Sultan Selangor.. Jom Terjah!!!


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mencadangkan hanya satu nama calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baharu di negeri ini.

Tindakan itu dilakukan selepas rakan sekutunya, DAP melakukan perkara yang sama, pagi Selasa.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR dan Pakatan Rakyat tegak di atas prinsip keluhuran Perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.
"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam (Isnin), pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
"PKR mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan raja Melayu dan institusi raja berperlembagaan," katanya menerusi satu kenyataan media, Selasa.
Anwar berkata, pendirian yang sama juga telah ditegaskan dalam surat-surat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor.
Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama Anwar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyerang PKR kerana menghantar satu nama, sama seperti yang diamalkan BN dalam sejarah pemerintahannya.
Katanya, kenyataan Najib pada Isnin juga adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.
"Datuk Seri Najib juga sedia maklum  bahawa dalam sejarah pemerintahan Umno sejak negara merdeka 1957, Umno dan Perikatan, dan kini BN hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

"Selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan kerajaan BN dan tidak menyerang PKR kerana mematuhi amalan yang sama," katanya.

Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan terhadap PKR dan DAP kerana menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor walaupun diminta mencalonkan lebih dari dua sejak awal lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.