Episod Baru Bermula!!! (Video) Sultan Selangor 'MURKA" PKR Dan DAP Hanya Hantar Satu Nama.. Jom Terjah!!!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) murka DAP dan PKR ingkar arahan hantar lebih 2 nama sebagai calon pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri). Gambar fail The Malaysian Insider.



Munir berkata hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.

palace 1.2

PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa amat dukacita diatas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah Baginda supaya mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar daripada parti masing-masing yang bertarikh 27 Ogos yang lalu.

Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani kepada pihak FMT.

palace 2


Menurut Munir, parti DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama iaitu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.



“Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan mereka kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Munir juga memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon MB dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) sepertimana titah Baginda sebelum ini.


Namun menurut Munir hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.


Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dua nama orang calon MB Selangor dan ia adalah satu amalan atau konvensi yang dilaksanakan oleh Baginda.


“Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal MB dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.

“Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar ia berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor,” jelasnya.


Tambahnya lagi, Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti PR yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor.


“Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima maka Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.


“Di dalam masa yang sama, memandangkan kuasa melantik MB Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka Baginda akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.