BERANI!!! "Saya Cabar DS Zahid Hamidi, Jika Nak Ambil Tindakan Pada Jabatan Amal, Tangkap Saya Dahulu" - Ketua Pemuda PAS


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap beliau terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, menegaskan Jabatan Amal berada di bawah tanggungjawab beliau selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

"Saya cabar Datuk Seri Zahid Hamidi, jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu.

"Jabatan Amal bawah tanggungjawab saya selaku ketua Pemuda PAS Malaysia," tulis beliau.

Semalam, Dr Ahmad Zahid memberi amaran akan mengambil tindakan seperti yang diambil terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang juga akan dikenakan ke atas Unit Amal PAS.

Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.

"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid.

Sementara itu,The Malaysian Insidermelaporkan, Suhaizan mendesak Dr Ahmad Zahid memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.

Unit Amal PAS merupakan satu unit di bawah Pemuda PAS yang ditubuhkan pada 1991 dan sering bertindak membantu mengawal peserta demonstrasi anjuran pakatan pembangkang.

Ketika demonstrasi Anti GST di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad 1 Mei lepas, Unit Amal PAS telah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan dan juga lalu lintas.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.