Jerman yang juga juara dunia tiga kali menang selepas perlawanan diheret ke masa tambahan hasil jaringan Schuerrle dan Mesut Ozil untuk menempah pertemuan suku akhir bertemu juara 1998, Perancis.
“Namun tidak penting bagaimana kami menang, apa yang paling penting ialah kami berada di suku akhir dan akan menentang Perancis,” kata Schuerrle.
Kemenangan Jerman di Stadium Beira-Rio menyaksikan mereka akan meneruskan rekod menakjubkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir pada setiap penampilan di Piala Dunia sejak 1938.
Selain itu, ia juga kemenangan pertama Jerman ke atas Algeria yang pertama kali beraksi di pusingan kedua di Piala Dunia dalam tiga perlawanan.
Sekalipun lebih berbahaya terutama pada babak pertama, kecergasan dan keyakinan jelas lebih memihak Jerman terutama di bahagian pertahanan sekalipun berjaya dibolosi Algeria di saat akhir.
Kekalahan Algeria juga menyaksikan tiada wakil Afrika pada aksi suku akhir Piala Dunia kali ini.
Begitupun, pertahanan Algeria, Madjid Bougherra mengakui perlawanan itu berjaya membuka mata dunia terhadap kemampuan mereka.
“Kami menunjukkan kepada seluruh dunia Algeria adalah pasukan yang hebat. Dan seluruh dunia kini akan melihat kualiti yang kami miliki,” katanya.
- Reuters
0 comments:
Post a Comment