BERAPI!! Kerabat Diraja Yang Juga Teman Lelaki Model Regina Soosalu Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan


Polis telah menahan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa.

Menurut The Star, kerabat diraja berusia 28 tahun itu akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30.

Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung
kematian model tersebut.

Satu bedah siasat masih dijalankan.

Ketua CID Johor, Datuk Hasnan Hassan dipetik sebagai berkata sampel dari tubuh model itu telah dihantar ke makmal untuk ujian.

Butir-butir lain tidak boleh didedahkan sehingga ujian selesai, Hasnan dipetik berkata.

Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu.

Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya.

Menurut laman Facebook Soosalu, dia dan Tunku Alang Reza menjalinkan hubungan sejak tiga Julai 2012.

Sementara itu, The Star juga melaporkan bahawa Soosalu dan Tunku Alang Reza sebelum ini didakwa memiliki dadah tetapi mengaku tidak bersalah.
-MKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.