Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Kemalangan Membabitkan Lori Tanah, 3 Kereta Musnah Terbakar Di Plaza Tol.. Jom Terjah!!!

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, akibat rempuhan, lori terbabit terbakar bersama tiga kenderaan yang dilanggarnya.

"Pemandu ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk seorang jurutol yang sedang bertugas di plaza tol berkenaan sempat menyelamatkan diri," katanya.

Difahamkan jurutol berkenaan bersama dua pemandu yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kecederaan yang dialami. Manakala pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai melarikan diri.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penchala dan Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh 10 minit," katanya.

Menurut Mohd Sani, kerugian dianggarkan mencecah RM400,000.













Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua kenderaan Toyota Estima dan Proton Saga yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan.

Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.