Berdarah!!! (Gambar2 & Video) Kerancakan Pembukaan Piala Dunia, Rakyat Brazil Bangun Protes : "FIFA GO HOME".. Jom Terjah!!!



Dalam kerancakan pembukaan Piala Dunia, Brazil di kejutkan dengan protes dari sebilangan rakyatnya yang prihatin dengan keadaan ekonomi negara mereka. Sebanyak 10 bandar di Brazil menyertai protes ini
Protes ini telah bermula pada 2013 yang menyaksikan kebangkitan rakyat Brazil ekoran penganjuran Piala Dunia yang menelan belanja sebanyak £18billion. 



Ekoran dari kos penganjuran yang besar ini, kerajaan Brazil telah menaikkan kos pengangkutan awam bagi menampung perbelanjaan Piala Dunia. Selain itu rakyat Brazil juga percaya terdapatnya unsur-unsur kuropsi di kalangan kerajaan Brazil dalam penganjuran Piala Dunia ini.


Protes ketika pembukaan Piala Dunia malam tadi adalah lebih kepada kenaikan gaji. Selain protes jalanan, penggodam komputer Brazil juga akan melakukan proses penggodaman laman sesawang kerajaan Brazil. Di Rio de Janeiro, seramai 600 orang telah mengadakan protes dengan menaikkan kain rentang bertulis "FIFA GO HOME". 

Protes aman ini bertukar ganas dengan di laporkan 5 orang mengalami kecederaan namun tiada kematian.

Polis Brazil telah melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan bom bunyi bagi menyuraikan protes itu. Polis Brazil telah menambahkan lagi skuadnya dan memperketatkan kawalan bagi memastikan kelancaran perjalanan Piala Dunia 2014 ini.






































































0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.