Tudiaa!!! (Gambar) Kerana Aksi Ini 3 Siswa UM Terima Surat Tunjuk Sebab.. Jom Terjah!!!

Tiga pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab kerana mengadakan protes sewaktu lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke kampus tersebut.

Ketiga-tiga pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan timbalan setiausaha Leong Yu Sheng.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP) UM semalam melalui emel kepada mereka.

Pelajar itu mengadakan protes ringkas mengenai Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan sokongan kepada rakyat Mesir semasa presiden itu datang ke universiti itu pada 27 April lalu di mana beliau bertemu peserta Young Southeast Asian Leadership Initiative.

"Kami menerima surat yang mendakwa kami melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis 'No TPPA' dan logo pasal kes di Mesir," kata Leong ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurutnya lagi, Leong berkata mereka diberi masa selama tujuh hari daripada tarikh surat itu untuk menjawab surat daripada pihak HEP.

Katanya, pihaknya akan mengadakan sidang media berhubung isu ini 3 petang ini.
-MKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.