Terkini!!! Doakan Kesihatan TG Presiden PAS Kembali Pulih, Kini Stabil Di Sebuah Hospital Di Istanbul

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul kerana mengalami sakit dada. Gambar fail The Malaysian Insider.



Ahli dan penyokong PAS di seluruh negara diminta mendoakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sembuh segera selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki berikutan mengalami sesak nafas semalam.
"Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS terus berdoa agar kesihatan presiden PAS kembali pulih," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagaimana disiarkan Harakahdaily.
Mahfuz berkata, Hadi mengunjungi Turki atas urusan rasmi untuk bertemu pemimpin kerajaan di sana.

"Beliau ke Turki selepas ke Teluk Intan Isnin lalu dan dijangka balik pada 4 Jun," katanya.
Sementara itu dalam kenyataan ringkas, anak Hadi yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi memberitahu beliau menghubungi Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersamanya di Istanbul.
"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
"Mohon doa semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.
Semalam, presiden PAS itu menghubungi Adun Meru, Dr Rani Othman untuk bertanya beberapa perkara berhubung dengan kesihatannya selepas sukar bernafas.
Dr Rani, seorang doktor perubatan kelulusan sebuah universiti di Mesir, mencadangkan beberapa jenis ubat untuk diambil.
Hadi kemudiannya dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital Medipol Universitesi Hastanesi di Istanbul.
Dr Syed Azman Ahmad Nawawi yang turut berada di Istanbul memberitahu, Hadi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sana kerana dibimbangi berlaku komplikasi jantung.

1 comments:

  1. Insyaallah semoga kesihatan TGHH seperti sediakala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.