Tahniah!!! (Gambar2) Pelakon Vetaran Mak Mah, 68 Tahun Sah Bergelar Isteri Kepada Peneroka Felda Pagi Ini.. Jom Terjah!!!


KLANG: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon vetaran Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya abang ipar pelakon itu, di sini, Sabtu. 

Akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran. 

Mak Mah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung. 

Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan. 

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung program Nasi Lemak Kopi O yang diacarakan oleh pelakon Abon, AR Badul dan Aida Gadis Melayu. 

Dalam pada itu, Mak Mah ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.



Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Mak Mah yang menempuh perkahwinan kali keempat ini tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki. Manakala menerima sentuhan solekan daripada jurumekap Razzi Musa.

Dalam pada itu, hujan lebat mengiringi majlis akad nikah yang dijalankan di ruang anjung kediaman tersebut.

Pihak pengantin perempuan sedondon mengenakan baju berwarna ungu, manakala pihak lelaki yang hadir bertandang lebih 30 orang dengan pakaian berwarna oren.

Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila.

Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.