Rakyat NegeriKu Berduka!!! (Gambar2) Jenazah Almarhum Tunku Annuar Selamat Dikebumi.. Moga Rohnya Dicucuri Rahmat!!!





ALOR SETAR - Jenazah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, yang mangkat tengah malam tadi selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat sini petang ini.
   




Turut berada di Makam Diraja itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang merupakan kekanda Tunku Annuar, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, isteri Tunku Annuar Toh Puan Bendahara Kedah Puan Sri Nor Suzana Abdullah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
   

Jenazah Almarhum Tunku Bendahara Kedah itu dibawa menaiki pedati sejauh kira-kira 20km dari Istana Anak Bukit di sini pada pukul 3.40 petang dan tiba di Makam Diraja itu pada pukul 5.15 petang.
   
Jenazah Almarhum dimasukkan ke dalam liang lahad pada 5.30 petang dan majlis pemakaman selesai kira-kira 6.30 petang.
   
Tunku Annuar mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pukul 12.20 tengah malam tadi.




Berikutan kemangkatan Tunku Annuar, Mukhriz mengumumkan bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini.



   
Beliau berkata tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 27 Mei dan sepanjang tempoh berkenaan semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan.
   

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu, hari ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah. 

- Bernama



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.