Kemelut Terengganu: Apalah Sangat Yang Perlu Menjadi Pelik... Segalanya Selesai, Ini Formulanya.. Jom Terjah!!!

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik peletakan jawatan dalam Umno selepas beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saling meminta maaf. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik peletakan jawatan dalam Umno selepas beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saling meminta maaf.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.
Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.
"Kami saling meminta maaf... perdana menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.
"Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar perdana menteri juga akui sama ada sedar atau tidak," katanya.
Ketika sidang media itu, Ahmad turut berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan turut melakukan tindakan sama.
"Kami saling meminta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik perletakan jawatan sebagai Adun Kijal Umno. Begitu juga Ghazali Taib," katanya merujuk kepada Adun Ajil yang turut meletak jawatan dari Umno.
Turut menyertai Ahmad meninggalkan Umno pada 13 Februari lalu adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud.
Roslee bagaimanapun menarik balik perletakan jawatan beliau malam tadi.
Dengan tindakan Ahmad, krisis politik yang berlaku di Terengganu kini selesai apabila jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) kekal majoriti di dalam DUN.
BN kini memiliki 17 kerusi DUN diikuti PAS 14 kerusi dan PKR 1 kerusi.
Ahmad berkata perkahwinan anaknya itu merupakan maruah bagi dirinya sekaligus menyaksikan beliau mengambil tindakan sedemikian ekoran keengganan Najib menghormati permintaannya.
Ahmad menjawat jawatan menteri besar Terengganu sejak 2008 sebelum digantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Isnin. 
-TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.