HUDUD: (Gambar) Tentangan Mereka Di Hadapan Pejabat Agung PAS.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Sekumpulan Pemuda MCA hari ini mengadakan protes di hadapan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini bagi membantah perlaksanaan hudud di Kelantan.

Mereka diketuai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng yang hadir bersama hampir 20 yang lain termasuk sekumpulan wartawan.

Mereka mula berkumpul sekitar jam 10 pagi dengan merentangkan kain dan plakad bertulis "Say No to PAS Hudud" dengan merakam gambar di luar pintu masuk pejabat itu.
Seorang kakitangan Pejabat Agung PAS, Fadhil Osman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kumpulan itu berada di situ kira-kira setengah jam sebelum beredar selepas menyerahkan memorandum dan mengadakan sidang media.

"Saya tanya mereka ada buat temu janji tak, sebab kalu ada temu janji kami boleh atur pertemuan dan buat sambutan dengan lebih baik, tapi mereka jawab tidak ada.

"Mereka ada sebut kepada saya supaya PAS jangan buat hudud dalam negara yang berbilang kaum ini," kata Fadhil yang menerima memorandum itu.

Kehadiran kumpulan tersebut juga menurut Fadhil turut dipantau pihak polis yang kebetulan berada di kawasan sekitar.

Sebelum ini, pada 24 April lalu, Pemuda Gerakan turut mengadakan bantahan serupa dengan mengancam mengambil tindakan undang-undang jika PAS meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan. 

HARAKAHDAILY 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.