Takziah!!! (Gambar2) Karpal Singh Meninggal Dalam Kemalangan, Anak Cedera, Ini Video Di Tempat Kemalangan.. Jom Terjah!!!

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.


Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.
“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.
Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."



Berikut ialah tiga keping gambar sekitar kemalangan maut melibatkan Kapal Singh dan beberapa ahli keluarga dalam perjalanan mereka ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.