SAKAN!!! Perompak Lariakan 3 Motosikal Berkuasa Tinggi Di Kedai "The Big Bike Shop" Puchong Gateway.. Jom Terjah!!!



Sebahagian motosikal berkuasa tinggi yang terdapat di The Big Bike Shop, Puchong.
Sebahagian motosikal berkuasa tinggi yang terdapat di The Big Bike Shop, Puchong.




PUCHONG – Sebuah kedai menjual motosikal berkuasa tinggi, The Big Bike Shop yang terletak di Puchong Gateway mengalami kerugian sebanyak RM254,000 selepas presmisnya dipecah masuk, awal pagi tadi.
Menurut pengurus premis tersebut, Ibrahim Samad, kejadian itu disedari oleh pekerjanya, seorang lelaki warga India pada pukul 4 pagi.
Beliau berkata, penjenayah berkenaan telah melarikan tiga buah motosikal berkuasa tinggi iaitu dua jenama Honda model CBR 1000 dan satu lagi berjenama Aprilia RSV4.
Ibrahim Samad
Ibrahim Samad
“Saya percaya suspek memecahkan pintu, memotong wayar kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudian ambil kunci lalu melarikan tiga buah motorsikal,” katanya ketika ditemui ABN News.
Menurut ibrahim, sebelum kedai itu ditutup, beliau dan pekerjanya akan memastikan semua pintu dikunci.
Jelasnya, ini adalah kejadian pertama kali berlaku sejak premis tersebut beroperasi lima tahun lalu.
Dalam pada itu, pekerja kedai terbabit, Ahmad Nur Ghaouse berkata, kedai itu dipecah masuk oleh tiga suspek yang memakai topi keledar.
“Saya rasa orang yang melakukan jenayah ini adalah orang yang telah mengetahui tentang kedai kami. Mereka bukanlah secara terus merompak.
“Mereka telah lama perhatikan kedai ini dan mereka mengetahui di mana letaknya simpanan kunci dan terus mengeluarkan motosikal.
“Saya tidak dapat melihat muka penjenayah tersebut, mereka memakai topi keledar hitam dan memakai baju T,” katanya.
Laporan polis telah dibuat dan kes dirujuk di Balai Polis Seri Kembangan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.