HEBAT!! PM Haji Najib Berbangga Sempat 'SELFIE' Dengan Presiden Amerika.. Apa Hampa Nak Kata?

selfie najib obama
Gambar selfie Najib bersama Obama 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat 'selfie' bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selepas mengadakan pertemuan empat mata di Seri Perdana di sini, Ahad.
Kedua-dua pemimpin itu dilihat bersahaja ketika bergambar dan Perdana Menteri berkongsi saat penuh bermakna untuk negara dan rakyat menerusi Twitter beliau kira-kira pukul 1.35 petang.
Mereka turut mengadakan sidang media bersama yang memberi tumpuan terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang disifatkan jalinan yang sudah lama dan akrab.
Obama berada di Malaysia selama tiga hari bermula Sabtu sempena rangka lawatan beliau di empat negara di Asia selain Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Beliau akan berlepas ke Filipina pada Isnin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.