Hangat!!! Naib Presiden PKR Tian Chua "DISERGAH" KM Pulau Pinang Lim Guan Eng Isu DAP Bersetuju PAS Laksanakan Hudud.. Jom Terjah!!!

Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP berharap Tian Chua berhenti mengulangi pembohongan berkenaan persetujuan DAP terhadap pelaksanaan hokum hudud oleh PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 April, 2014.
Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP berharap Tian Chua berhenti mengulangi pembohongan berkenaan persetujuan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud oleh PAS. DAP membidas  Naib Presiden PKR Tian Chua kerana "berbohong" bahawa Pakatan Rakyat (PR) dan DAP bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud hanya di Kelantan dan Terengganu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu berpendapat ia "tidak bertanggungjawab, salah dan tidak beretika" bagi Tian Chua mengheret DAP menerima pendiriannya menyokong PAS dalam melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, tetapi tidak di negeri lain.
Beliau berkata, pemimpin DAP terkejut apabila Tian Chua mengisytiharkan dalam akhbar-akhbar Cina bahawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu adalah dasar PR kerana ia disepakati oleh PR dan DAP.
"Pembohongan Tian Chua diberi liputan meluas dalam media arus perdana walaupun ia tidak disokong oleh fakta atau sebarang dokumentasi.
"Saya secara peribadi bercakap dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan kemarahan kepimpinan DAP di atas pembohongan yang disebarkan Tian Chua," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
“Anwar mengesahkan dalam kedua-dua perbualan peribadinya dengan saya dan kenyataan awam semalam bahawa DAP secara konsisten menentang pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan,” katanya.
"Para pemimpin DAP berharap Tian Chua berhenti mengulangi pembohongan tersebut memandangkan Anwar secara terbuka mengesahkan DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS," katanya.
Lim berkata PR beroperasi  berdasarkan konsensus asas yang disepakati dengan ketiga-tiga parti dalam DAP, PKR dan PAS perlu bersetuju sebelum dasar menjadi dasar oleh gabungan itu.
Oleh itu, dasar PAS melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan bukan dasar PR kerana pendirian tegas DAP yang menentang pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah berubah, katanya.
"Tian Chua dan lain-lain pemimpin PKR bukan Islam ada hak untuk menyokong PAS melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan.
"Bagaimanapun mereka tidak perlu mengheret DAP turun ke tahap yang sama seperti mereka untuk mewajarkan sokongan mereka terhadap PAS," katanya.
Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, pemimpin PAS perlu memberi fokus kepada pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik, yang akan menjadi faktor penentu kalah menang pilihan raya.
PR telah mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya umum 2008 kerana kegagalan Umno dalam pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik yang membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa , katanya.
"PAS menang dalam pilihan raya umum 2008 tanpa perlu berkempen untuk melaksanakan undang-undang hudud.
"PAS harus ingat Umno juga memenangi suara lebih Melayu semasa ia tidak menyokong pelaksanaan hudud," katanya.
Lim berkata Umno memenangi lebih banyak kerusi dan undi masyarakat Islam dalam pilihan raya umum tahun lepas, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pada 25 September tahun 2011 bahawa Putrajaya tidak akan menguatkuasakan undang-undang hudud.
"Bagaimanapun, Najib kini tidak konsisten dengan kedudukan kerajaan BN sebelum ini, daripada tidak menguatkuasakan undang-undang hudud kepada secara terbuka menyambut baik cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud. Beliau bersedia bertemu  para pemimpin PAS untuk berbincang .
"Jelas sekali, Umno tidak mempunyai prinsip dan kini menyokong pelaksanaan hudud untuk mewujudkan perangkap politik licik terhadap PAS, yang  memberi kesan terhadap hubungan PAS  dengan DAP dengan niat untuk memecahbelahkan PR.
"Jika Umno boleh menang pilihan raya dan undi Melayu tanpa berkempen melaksanakan undang-undang hudud, PAS boleh melakukan perkara yang sama.
"Fokus kepada isu kehidupan, peluang ekonomi, pekerjaan dan pendidikan akan menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya akan datang," katanya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.