Gempar!!! (Gambar2) Awat jadi Lagu Nie? Ziela Jalil "Beraksi Mesra" - Ini Jawapannya Setelah Dikritik Sakan.. Jom Terjah!!!

ziela jalil keith fooSekali pandang macam pasangan kekasih pun ada jugak kan? Rasanya tak perlulah memeluk lengan Keith Foo sebegitu rupa. Memang tak manis dipandang. Namun Ziela Jalil ada penerangannya sendiri. Kata Ziela menerusi Harian Metro:-
Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat.
Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.
Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau
ziela jalil keith foo
Secara jujur, memang tidak sesuai untuk Ziela Jalil beraksi sebegini rupa bersama Keith Foo. Walaupun menganggap Keith sebagai “anaknya”, itu hanya sekadar anggapan dan bukan kenyataan. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran buat Ziela. Lain kali kalau nak tangkap gambar sebegini rupa, tak perlulah kongsikan di media sosial sehingga menimbulkan kritikan orang ramai.

-Sumber

2 comments:

  1. Sendiri buat sendiri tanggunglah. Dapat 'cash'kan? Itu baru didunia.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah salah tu mengaku jelah.... takyah la nak bagi alasan "sebagai anaklah, sedara bagai...." perkara paling asas beb! Kalau bukan muhrim tu haramlah bersentuhan.... masa 'kita' nak lepas gian bergambar macam zaman jahiliah dah berlalu... insaflah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.