Dadah: Pelakoan Dan Pelawak Terkenal, Saiful Apek Didenda RM2,500 Dan Diletak dalam Pengawasan 3 Tahun.. Jom Terjah!!!


Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lalu.
Beliau turut memerintahkan semua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun.
Pada 30 September tahun lalu, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.
Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan semua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 22 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan semua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.
Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.