Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, tiga anak pasangan itu dan seorang anak saudara mereka yang juga berada di dalam SUV berkenaan turut cedera.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, SUV jenis Nissan Murano yang dipandu anak perempuannya dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit di tempat kejadian.
"Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Gua Musang ke Ipoh untuk bercuti, sebelum terbabas di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Ipoh berikutan keadaan jalan yang licin akibat hujan renyai.
"Sebuah lagi kereta jenis Toyota Harrier yang dinaiki empat saudara mereka berada di belakang kenderaan mangsa," kata beliau kepada pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh .
Nozula serta tiga anaknya Nur Fatma Nadira, 23, yang memandu kenderaan tersebut dan Muhd Fitri, 19, serta seorang lagi anak perempuannya berusia sembilan tahun cedera dan dirawat di HRPB di sini.
Anak saudara pasangan itu, Raja Mohd Haris Raja Hairul Nizam berusia setahun lapan bulan turut cedera dan dirawat di hospital yang sama.
Maziah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di sini dan jenazahnya akan dihantar ke kampung halamannya di Gua Musang malam ini.
- Teks: Utusan
0 comments:
Post a Comment