KUALA LUMPUR: Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.
Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.
Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya.
Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan 'Future Music Festival Asia' yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.
Konsert itu diadakan sejak Khamis.
"Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai 'designer drug' atau dadah sintetik," katanya.
Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.
Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.
FMFA 2014 dianjurkan oleh Live Scape Sdn Bhd.
Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.
Sumber:astroawani
Kementerian mana yang bagi permit untuk anjur konsert syaitan ni??? Sedang rakyat dalam kepiluan dan keresahan berdepan dengan beberapa musibah yang melanda negara, menteri mana yang membenarkan penganjurannya? Jangan cuba berdalih mengatakan permit diberikan awal sebab negara ini mengalami musibah cuaca kering sejak tiga bulan lalu!
ReplyDeletekementrian negara islam katanya............
ReplyDeletemalaysia maa... cerita bab menter jee pap diorang leh buat... semua pon dill baik punya... klu anjuran pembangkang diorang suma nya salah... suma dia letak pada tangan enganjur... bila bab nih dah terang lagi di suluh... kata tahun melawat malaysia tapi seni malaysia tuh LANSUNG takda dalam nih.... berapa punya bodoh dari atas sampai ke liang lahat puak diorang nih atau sesapa sahaj yang tolak ugama memasing