Pelik!!! Pusingan 'U' : Mat Yo Didenda RM5,000, Kenapa? Jom Terjah!!!

Mat Yo  dimaaf, denda RM5,000Mat Yo menjalani latihan bersama rakan sepasukan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Dia masih muda dan khidmat diperlukan, kami terima: Subahan Kamal

Kuala Lumpur: Pusingan ‘U’ yang dilakukan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo diharap menjadi pengajaran buat pemain lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama sekali gus meletakkan tugasan bersama pasukan kebangsaan sebagai agenda utama di dalam karier mereka.

“Kami gembira Norshahrul sudah menyelesaikan masalah peribadinya dan kembali bersama pasukan kebangsaan


“Dia sudah meminta maaf dan memandangkan dia masih muda serta khidmatnya masih diperlukan, kami menerimanya. 


Utama tugasan negara

“Apa pun pemain itu didenda RM5,000 sebagai pengajaran supaya perkara ini tidak diulangi pemain lain. Kita mahu setiap pemain meletakkan tugasan mewakili pasukan negara sebagai perkara utama dalam karier mereka,” kata pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal, semalam.

Subahan berkata, beliau faham mengenai rancangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengerjakan umrah serta masalah peribadi yang dihadapinya.

“Kita bukan mahu menidakkan niatnya mengerjakan umrah cuma saya rasa pada masa akan datang pertindihan tarikh seperti ini dapat dielakkan. 


“Yang penting dia sudah kembali bersama kita dan saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Biarlah dia memberi tumpuan dalam tempoh singkat ini untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan persahabatan menentang Filipina esok dan perlawanan terakhir kelayakan Piala AFC bertemu Yaman di Dubai, Rabu ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.