Hangat Berapi!! Pelajar UiTM Didenda Kesalahan Tampal Pelekat Tuan Guru Nik Aziz Di Kenderaan, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!

Gambar kertas saman yang dipaparkan dalam laman FB Page, Nik Aziz.
PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya.
Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik.
Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.
Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.
Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.
Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.