BERAPI!!! Inilah Punca Tun Dr Mahathir Meletak Jawatan Sebagai Penasihat Kepada Petronas Yang Berkuatkuasa Semalam.. Jom Terjah!!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat kepada Petronas, berkuatkuasa semalam.

Dr Mahathir berkata surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Beliau berkata sudah masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroleum negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.
"Saya sudah 10 tahun bersama Petronas, saya rasa Petronas sudah beroperasi dengan baik dan mempunyai untung banyak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menganjurkan jamuan tengah hari untuk peserta forum antarabangsa “Politik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan Kestabilan” sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir dimasukkan di Institut Jantung Negara pada 16 November lepas dan dirawat hampir 10 hari setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.

Ditanya sama ada beliau turut berhasrat untuk berundur daripada Proton Holdings Bhd, beliau berkata masih belum berfikir untuk berbuat demikian.


Selain itu, Dr Mahathir berharap Petronas dapat mengekalkan peranannya untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam syarikat itu. ~bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.