Allahu Rabbi!!! Gaji MB, Exco Dan ADUN Selangor Naik Sehingga 250%.. Bayar Bonus Satu Setengah Bulan Gaji, Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Adun berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker Dun mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
    
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker Dun dan barisan exco kerajaan negeri.
   
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.
    
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
    
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 Nov bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
    
"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.
    
Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.
    
Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.
    
Persidangan Dun bersambung esok. - Bernama

1 comments:

  1. dua perkara yg saya nak kongsikan di sini. 1. kenapa dewan undangan negeri selangor hanya menaikkan elaun adun speaker exco dan mb tapi hanya bg bonus 1/2 bulan gaji kpd k. tangan kerajaan? walaupun k. tangan kerajaan ng mereka tertakluk kpd skim gaji federal. kerajaan ng x blh naikkan sesuka hati. 2. elaun lama adun sgt rendah berbanding dgn ydp pbt dan ceo2 glc dan syarikat2 swasta eg pkns syabas dll. tugas adun byk deal dgn mereka. selama ini mereka tak pandang seblh mata pun kpd adun. apatah lg nak berbincang dan mendgr pandangan adun. ya ydp pbt berjwatan jusa. adun berjwtn 44. dgn kenaikan baru jwtn adun sama dgn jusa c. orgramai nampak byk yg masuk tapi tak tak nampak byk yg keluar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.