Terkini!!! Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi Untuk 27,222 Pemilih Berdaftar & 2 Luar Negara Bagi PRK N20. Dun Sg. Limau.. Jom Terjah!!!


Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.

Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.


"Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini  tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan.

"Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau kerana bekas penyandangnya mempunyai pengaruh yang kuat.

Minggu lalu, penyandang Dun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan yang serius dan menyebabkan kerusi di kawasan tersebut menjadi kosong.

Sehubungan itu, hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menetapkan PRK Dun Sungai Limau akam diadakan pada 4 November depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut hari ini pada sidang media selepas mesyuarat khas.

 "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.

 "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini.

 "Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.
 
Dalam pada itu, apabila ditanya adakah kerusi berkemungkinan menjadi rebutan daripada rakan parti perikatan pembangkang yang lain, Tuan Ibrahim menyatakan keyakinan perkara tersebut tidak akan timbul.

"Ini kerusi kita, secara tradisi kerusi itu akan ditandingkan oleh Pas.

"Tak timbul parti PKR atau DAP untuk meletakkan calon pula," katanya.


***************************

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

"Untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, tidak ada pengundi-pengundi dalam kategori pengundi awal iaitu anggota tentera dan polis dalam senarai Daftar Pemilih," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Katanya, daftar pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Sept lepas.

Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.