Terkini!! Piala Malaysia: ATM Tewas 1-2, Tugas Sukar Menanti ATM Di Kelantan.. Jom Terjah!!!

Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bruno Martelotto (tengah) cuba melepaskan diri dari kepungan pemain Kelantan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang pada Jumaat.
SELAYANG: Pasukan tuan rumah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, Jumaat.
ATM menguasai permainan pada 12 minit pertama, dengan melakukan serangan seawal permainan apabila menyaksi lorongan Bruno Martelotto tepat ke kaki Fitrie Omar, namun cubaan itu tersasar.
Bagaimanapun, Kelantan yang turun beraksi sebagai juara bertahan, bangkit menyaingi corak permainan ATM dengan mengatur strategi lebih baik dan pada itu kapten pasukan, Badri Radzi berjaya menyudahkan bola muntah hasil cubaan Zairul Fitree pada minit ke-15.
Hanya empat minit mendahului kedudukan, Christie Jayaselan menyamakan jaringan hasil daripada gerakan solo sebelum melepaskan rembatan sempurna ke arah pintu gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Tempoh 20 minit terakhir, corak permainan lebih terbuka dan seimbang walaupun kedua-dua pasukan dilihat bermain berhati-hati kerana keadaan padang basah akibat hujan lebat sebelum itu.
Permainan babak kedua, cubaan kapten ATM Hairuddin Omar tersasar pada minit ke-48.
Empat minit selepas cubaan Hai-O, sekali lagi Khairul Fahmi diuji dengan cubaan Fitrie, namun turut tersasar.
Faktor kekuatan antara kedua-dua pasukan ini memberi kesukaran untuk menambah jaringan.
Peluang terakhir ATM beraksi di tempat sendiri ini gagal digunakan sebaiknya apabila Norfarhan Muhammad berjaya meletak pasukan Kelantan di depan pada minit ke-79 selepas tiga cubaannya sebelum ini tidak tepat ke gawang Farizal Harun.
Keputusan 2-1 itu kekal ke wisel akhir permainan sekaligus menyaksikan tugas sukar buat skuad kendalian B.Sathianathan menjelang kunjungan mereka ke Kelantan pada 25 Oktober ini bagi perlawanan timbal balik.
Pun begitu, pasukan Bojan Hodak ini pastinya akan lebih berwaspada dengan percaturan terbaru ATM dan ini juga peluang terakhir skuad Kelantan untuk menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut.
Pertembung kedua-dua pasukan ini tidak asing lagi bagi peminat bola sepak tanah air apabila pada final 2012, Kelantan menang 3-2 ke atas ATM.
Senarai pemain:
ATM: Farizal Harun, K. Reuben,Shukor Adan, Norfazly Alias, Irwan Fazly, Bruno Martelotto, Hairuddin Omar, Affizie Faizal, Christie Jayaselan, Fitrie Omar, Marlon Alex James
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, Azizi Mat Rose, Obinna Nwaneri, Farisham Ismail, Indra Putra Mahayiddin, Zairo Annuar, Shakir Shaari, Norfarhan Muhammad, Badri Radzi, Dickson Nwakaeme.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.