Terkini!!! Calon PAS Untuk PRK N20 Sg Limau Tersebar, Banyak Media Dedahkan, Apa Strategi Mereka Sebenarnya? Jom Terjah!!!





Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad (gambar), 37, disebut-sebut bakal dinamakan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang akan berlangsung 4 November ini.

Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir adalah nama yang paling popular di kalangan lapan nama yang disenarai pendek oleh PAS untuk mewakilinya dalam PRK ini.

Azam yang merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah, satu institusi penting di bawah PAS merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

PAS Kedah sebelum ini menyenarai pendekkan lapan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk dipertimbangkan kepimpinan PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau akan diumumkan Presiden PAS,







Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam 21 Oktober, di Pekan Sungai Limau, Yan.

*******************************************


Gambar di atas pun bernama Mohd Azam tapi bukan ketua pemuda pas Jerai, beliau adalah ketua pemuda pas Alor Setar... Wajah di atas SAH dan NYATA bukan calon Untuk PRK N.20 Sg. Limau..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.