Pemilihan PAS!!! 5 Nama Besar Pencalonan Timbalan Presiden PAS Diterima, Jom Tengok Senarai Penuh...


 
 KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat menerima dua pencalonan untuk jawatan Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini.

Pengerusinya, Asmuni Awi bagaimanapun memberitahu, satu daripada pencalonan itu ditolak.


Beliau menyatakan demikian pada sidang media Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.

Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima daripada 134 kawasan tetapi ditolak 31.

Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, ada enam pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tetapi lima yang diterima iaitu Husam Musa, Mohamad Sabu, Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi Naib Presiden PAS pula, 12 pencalonan dibuat tetapi yang diterima 10 iaitu Abu Bakar Chik, Husam Musa, Idris Ahmad, Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Mohd Amar Abdullah, Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
 Pemuda

Jumlah borang pencalonan diterima 115 kawasan, 32 ditolak, pencalonan diterima 83

Ketua Pemuda, 7 pencalonan, 6 diterima

Kamarulzaman Muhammad
Nasaruddin Tantawi
Raja Ahmad Iskandar
Ustaz Ridhuan Mohd Nor
Suhaizan Kaiat
Zulhazmi Zakaria

Timbalan Ketua Pemuda, 13 pencalonan, diterima 6

Mohd Firdaus Jaafar
Mohd Khalil Abdul Hadi
Raja Ahmad Iskandar
Nik Mohd Abduh Nik Aziz
Kamarulzaman Muhammad
Suhaizan Kaiat

Naib Ketua Pemuda, 20 pencalonan, diterima 5

Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi
Mohd Khalil Abdul Hadi
Mohd Khairul Nizam Khairuddin
 Nazri Chik
 Raja Ahmad Iskandar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.