Musibah!! (Gambar) Lembah Kelang Sesak Teruk Akibat Banjir Kilat Dan Pokok Tumbang.. Jom Terjah!!!

Hujan sebabkan lalu lintas sesak, pokok tumbang di sekitar Lembah Klang

Hujan lebat yang melanda Lembah Klang kira-kira 4 petang hari Rabu mengakibatkan kesesakan lalu lintas, pokok tumbang dan bumbung rumah diterbangkan angin.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata hujan lebat itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Km8.7, Lebuhraya Besraya menghala ke Kampung Malaysia dan Sungai Besi.

"Kesesakan lalu lintas itu berikutan banjir kilat yang menyebabkan lorong kiri dan tengah ditutup. Bagaimanapun, air surut kira-kira dua jam kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, banjir kilat di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

"Air bertakung di laluan itu namun kenderaan masih boleh bergerak walaupun perlahan. Tiada laluan ditutup," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian pokok tumbang berlaku di Taman Ibu Kota, Gombak; Jalan Klang Lama dan Bandar Tun Razak, Cheras.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul pula berkata hujan lebat dan ribut turut mengakibatkan bumbung sembilan rumah diterbangkan angin dalam kejadian di rumah pangsa PBS di Kawasan Perindustrian Bukit Serdang.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam twitternya melaporkan aliran trafik sesak di laluan keluar dari ibu kota iaitu di New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Damansara menghala ke Dataran Prima, Jalan Duta menghala ke Bukit Lanjan, Puchong menghala ke Kelana Jaya dan Damansara Utama serta di Bandar Utama menghala ke SS2.

astroawani.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.