Hangat!!! PRK N20 Sg Limau: (Gambar2) Keperibadian Dan Ketrampilan Ketua Pemuda PAS Jerai Amat2 Disenangi Pengundi Akar Umbi, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!




Kajian terperinci pilih calon  

SHAH ALAM – Pas akan melakukan kajian lebih terperinci dengan turun padang bagi memilih calon terbaik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 4 November depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,  pihaknya telah menyenarai pendek lapan calon untuk dicadangkan sebagai calon parti itu.


Menurutnya, kajian akan dilakukan Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dengan bantuan Jabatan Pilihan Raya Negeri di samping Pusat Penyelidikan Pas untuk buat kaji selidik.


“Ia sebagai memilih calon paling layak dan diterima oleh rakyat di kawasan tersebut.

“Apa yang penting, kesemua calon adalah anak tempatan dan terdiri daripada tokoh rakyat dalam kawasan itu bukan calon daripada pusat,” katanya dalam sidang media selepas membentangkan ucaptama Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia, 56 Tahun Merdeka: Halangan dan Penyelesaiannya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengulas pertanyaan media mengenai perkembangan calon Pas menjelang PRK Dun Sungai Limau itu nanti.

Sebelum ini Hadi pernah menyatakan kriteria calon yang akan dipilih mestilah dapat menyambung tugas Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bersih daripada amalan rasuah dan mampu bertugas untuk rakyat.



Menurut sumber Pas Kawasan Jerai, Azam mungkin calon yang sesuai kerana mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain tidak mempunyai musuh dalaman serta mampu memerangkap agenda BN.



Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Azam Samad, 37, disebut-sebut antara calon yang mungkin akan mewakili Pas pada PRK Dun Sungai Limau nanti.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.

Azam mungkin menjadi calon pilihan kerana beliau cukup dikenali semasa era Allahyarham Azizan di Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala suatu ketika dulu yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.




Inilah gambar2 terkini aktiviti beliau sepanjang sambutan aidil adha



Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

“Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.




“Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, ibunya yang dikenali sebagai Ustazah Maryani juga adalah merupakan Aktivis Muslimat Pas Kawasan Jerai. Sementara bapanya juga amat aktif dalam parti sebelum meninggal dunia pada tahun 2003.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.