Gempar!!! [SEDIH] Menteri Besarku Tewas Jawatan Naib Presiden UMNO Penggal 2013 - 2016.. Apa Puncanya? Jom Terjah!!!


UMNO 2013: Zahid, Shafie, Hishammuddin kekal Naib PresidenSAH... (Dari kiri) Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafiie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kekal mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013/2016. 

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. 


UMNO 2013: Mukhriz puas hati atas sokongan perwakilan  CALON Naib Presiden UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013
Calon Naib Presiden dalam pemilihan UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir berpuas hati atas sokongan yang diberikan perwakilan sehingga membolehkan beliau memberikan saingan sengit kepada penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

"Ini adalah pertama kali saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Apabila dilihat sokongan berdasarkan undi yang diperolehi, ia adalah satu kejutan buat diri saya," katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. 

2 comments:

  1. Kurang pelaburan sikit je lagi kan?

    ReplyDelete
  2. Eloklah kalah kali ini,mantapkan dulu pengaruh diKedah ni,baiki kerosakan yang Arwah Tan Sri Azizan.Se,arakan KUIN,Skim Kafalah,jika dulu sumbangan 500 onggit naikan menjadi 1000 inggit.Bantu ibu-ibu tunggal yang ramai diKedah ni.Makmurkan industri bijih besi dan bijih timah.Semarakan ladang rakyat,Kekang permerkosaan hutan.Media tak tunjuk dah banjir diKedah pasai UMNOBN perintah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.