Bongkar!!! Gaji Melampau Pekerja Jabatan Perdana Menteri, Inilah Pembaziran2 Kerajaan Lakukan.. Jom Terjah!!


okm
KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan merupakan satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat ditangani.
Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji sebanyak RM69 ribu sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49 ribu

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara telah menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69 ribu. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480 ribu (RM40 ribu sebulan).
“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, tadi.
Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60 ribu.
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30 ribu dan elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.
Disamping itu, kakitangan di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat awam.
“Sebagai contoh, seorang pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam mempunyai gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.
“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan,” ujarnya.
Agensi-agensi lain dibawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.
Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).
“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.
“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah melonjak sebanyak 13 peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.
Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya telah menerima salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion dibawah Bajet 2014. -Roketkini.com

1 comments:

  1. kamu semua peduli apa..??? aku pm ... rakyat 1malaysia dah lantik aku jadi pm, ikut suka aku le, apa aku nak buat ... banyak sangat karenah kamu nanti, aku hidupkan balik ISA... baru padan muka kamu.....kah..kah..kah..!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.