Situasi itu berpunca selepas tiada nama besar dikaitkan dengan pasukan tersebut selain Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) enggan mendedahkan sedikit pun maklumat berkaitan persiapan yang sedang dilakukan.
Menurut sumber yang rapat dengan pemain-pemain Kedah, sekurang-kurangnya empat pemain utama Hijau Kuning yang pernah menyarung jersi kebangsaan sudah berkira-kira untuk membuka perbincangan dengan pasukan lain.
Difahamkan, beberapa pasukan negeri dan kelab mahu mengambil peluang di atas kemelut sekarang dengan membuka tawaran menarik kepada pemain berkenaan.
“Budaya kerja dalam diam diamalkan KFA sejak empat musim lepas berlarutan sehingga kini yang mana kesudahan akhirnya amat mengecewakan.
“Di dalam keadaan terumbang ambing dan persiapan yang tidak jelas, beberapa pemain yang pernah menyarung jersi negara sudah meluahkan isi hati untuk angkat kaki jika KFA masih lagi bersikap seperti ini,” kata sumber yang enggan dikenali kepada Sinar Harian, semalam.
Ibarat retak menanti belah, selain empat pemain tersebut, khidmat kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen juga kini sedang diburu beberapa pasukan besar untuk menguatkan skuad mereka musim depan.
Tambahnya, penyokong Kedah berhak tahu termasuk berhak untuk merasa resah dan gelisah dengan kemelut yang berlaku sekarang ini.
Menurutnya, penyokong sudah memendam perasaan empat tahun lamanya di dalam era kegelapan selepas kali terakhir mendakap trofi kejuaraan pada tahun 2008.
“Penyokong setia dan rakyat Kedah perlu diberitahu tentang perkembangan pasukan kesayangan mereka ini kerana bola sepak adalah tempat untuk kita semua bersatu dan merupakan hiburan nombor satu rakyat negeri ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment