Terkini!!! Rakyat Ucapkan "TERIMA KASIH" Kepada PM Haji Najib Umumkan Kenaikan Harga Petrol & Diesel Sebanyak RM.20 Seliter Demi Merasionalisasi Subsidi.. Jom Terjah!!!



PUTRAJAYA 2 Sept. - Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa selepas tengah malam ini.



Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada proses merasionalisasi subsidi.



"Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.