Terkini!! (Gambar2) Alhamdulillah, Menteri BesarKu Selamat Dalam Kemalangan Di Langkawi.. Jom Terjah!!


Langkawi: Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yui, Padang Mat Sirat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan. 



Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar. 

Bagaimanapun, Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz. 

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan. 

1 comments:

  1. Inilah akibatnya bila menteri2/pemimpin2 negara yang menaiki kereta2 rasmi mereka bergerak di waktu sibuk.Rakyat biasa yang terpaksa berkejaran mencari rezeki mendapat susah.Pemimpin2 ini patut rancang pergerakan mereka semasa jalan tidak sibuk?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.