Penyanyi Ini Disaman Lebih RM15 Juta Selepas Dakwaan Merogol Seorang Wanita.. Jom Terjah!!!

Sean Kingston
Sean Kingston
LOS ANGELES – Seorang gadis mengemukakan saman ke atas penyanyi rap Sean Kingston bersama dua yang lain selepas mendakwa dirogol oleh mereka di sebuah hotel, tiga tahun lalu.
Carissa Capeloto yang kini berusia 22 tahun mendakwa dia telah dirogol oleh Kingston, pengawal peribadinya dan anggota kumpulan penyanyi itu di hotel Seattle, pada Julai 2010.
Dia bertemu Kingston selepas menyaksikan konsert Justin Bieber.
Capeloto mendakwa pada malam kejadian, dia telah menghisap ganja dan minum minuman keras, sebelum dijemput ke bilik hotel Kingston.
Dalam tuntutan saman tersebut, Capetolo memaklumkan dia diselamatkan oleh kawannya dan mereka turut membuat laporan polis.

Bagaimanapun dakwaan jenayah ke atas Kingston telah digugurkan pada 2010 selepas Capeloto didapati tidak mempunyai asas kes yang kukuh.
Capeloto menuntut wang sebanyak $5 juta dolar.
Sementara itu, Kingston turut memfailkan dokuman perundangan dengan mendakwa hubungan seks berkenaan dilakukan dengan rela.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.