HANGIT!!! Pemimpin PAS Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chin Peng Di Bangkok.. Jom Terjah!!!

Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri. Menurutnya, beliau mengenali ahli keluarga Chin Peng kira-kira lima tahun lalu dan berasa ada keperluan untuk memberi penghormatan terakhir di sana.



“Saya tidak akan hadir majlis pembakaran mayat pada Isnin kerana perlu pulang ke Kedah,” katanya yang telah lama mahu menemui Chin Peng secara peribadi tetapi tidak kesempatan.


Katanya, meskipun kerajaan Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mendiang, beliau tetap menggelar pemimpin komunis itu sebagai pejuang.

“Sejarah Malaysia telah diubah. Saya merujuk kepada kisah sebenar.

“Dalam PAS sendiri, tidak ramai yang benar-benar faham tentang sejarah negara dan bagaimana fakta telah diubah.


“Meskipun kehadiran saya pada hari ini tiada apa yang memeranjatkan, tetapi saya yakin dalam lima atau 10 tahun lagi akan dikira sebagai detik bersejarah kerana memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng,” katanya tertawa kecil.

Beliau berkata sejak kematian Chin Peng pada Isnin lalu, ramai yang membuka kisah lama 88 tahun lalu di Internet.

Katanya, pendedahan sedemikian satu peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah.

Ketika ditanya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat lain akan berbuat sepertinya, Fadzil mengangkat bahu berkata kehadirannya bukanlah satu masalah dan beliau tidak mengambil kira pandangan orang lain.


Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.


Fadzil bertanding semasa pilihan raya umum lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Suraya Yaacob. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.