SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.
Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.
Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.
Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.
” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.
” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).
” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.
Oleh: JULIANA JOHAR DAN IBNU KHUSAIRY
****************
Peminat Matyo berhimpun pertahan dirinya tidak bersalah - Selepas tersebarnya video parody isteri Matyo memaki hamun seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Subang, kini sebuah lagi video yang memaparkan perhimpunan peminat tegar Matyo mula tersebar.
Di dalam video rakaman berkenaan, sekumpulan penyokong Matyo berhimpun dan menyanyikan lagu tanda sokongan kepada pemain bolasepak itu dan menyatakan dia langsung tidak bersalah dalam kejadian isterinya memaki dan menendang seorang pengawal keselamatan.
Admin kurang pasti apa motif di sebalik perhimpunan kecil itu namun ianya cukup melucukan dan membuatkan orang ramai pening sendiri memikirkan masih ada individu yang mempertahankan sikap dayus Matyo.
0 comments:
Post a Comment