Peguam Negara Pertahan Lantikan Shafee Sebagai Pendakwa Raya Kes DS Anwar.. Ini Alasannya.. Jom Terjah!!!

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mempertahankan keputusannya melantik peguam Umno Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa raya kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gani berkata beliau memutuskan untuk membawa orang luar kerana pernah dituduh berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan.
Beliau menggesa orang ramai melihat pelantikan Shafee secara objektif kerana ini bukanlah pertama kali hal sedemikian berlaku.

Gani kemudiannya memberikan contoh peguam Datuk Tan Hock Chuan yang dilantik untuk menolong mengendalikan siasatan kes Teoh Beng Hock.
Gani turut memberikan contoh bekas ketua pendakwa raya perbicaraan Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang bersara awal dan turut mewakili pihak pembangkang.
“Saya tidak melihat sebarang sebab untuk tidak melantik Shafee,” jelas beliau dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider dari London.
Yusof yang juga bekas ketua peguamcara pembelaan Anwar turut berdepan pertuduhan berkaitan Bersih 3.0. Yusof berkata beliau merupakan ejen bebas mewakili sesiapa sahaja selepas bersara daripada kerajaan.
Gani kemudian berkata Karpal Singh tidak akan membela Anwar jikalau hal berkaitan liwat merupakan isu remeh.
“Kami menghargai peranannya juga atas nama keadilan,” jelas beliau.
Ramkarpal Singh, salah seorang pegua dalam pembelaan kes Anwar telah memberi notis kepada mahkamah rayuan hari ini kekal membantah Shafee mewakili kerajaan.
Karpal kemudian dalam satu permohonan bersama satu afidavit yang difailkan oleh Anwar akan meminta Shafee untuk digugurkan.
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya merupakan perkara luar biasa dan bakal melihatkan mahkamah tidak kompeten.
Beliau mempersoalkan mengapa orang luar dipilih apabila mahkamah mempunyai lebih ramai pegawai berpengalaman mengendalikan kes rayuan. - 22 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.