PANAS!!! (Video) Bapa Mertua Pelakon Kacak Ashraf Muslim Terkilan Dengan Sikap Menantunya Kahwin Lagi : Dakwa Tipu Anaknya.. Jom Terjah!!!

Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.

Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.
Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai.
Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.
Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting.
Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya.
Tambah Lokman, Noor Dayana, 26,  hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok.
Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.
Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap Dayana dapat bersabar dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya. Ikuti temuramah Harian Metro, di sini:-

2 comments:

  1. Takpelah aji....bukan buat benda harampun, kawin satu lagi je...masih ada 2 kuota kosong. Jangan pertikaikan perkara yang dihalalkan agama! Soal tipu sikit-sikit tu biasalah....kalau cakap terus terang kang nanti terkejut beruk dan mungkin tak dapat kebenaran atau ada gangguan dari famili. Biasalah.... lelaki dan mungkin ada alasan yang kita semua tak akan faham mengapa dia kawin satu lagi? Semoga semuanya redha dan pasrah dengan ketentuan Allah!

    ReplyDelete
  2. kadang2...bercakap jujur yang membuatkan dia menangis lebih baik dari bercakap bohong yang membuat dia tersenyum...
    tolong paham perasaan perempuan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.